Kedamaian dan kesunyian hutan Lubuk Memerang, Pasir Raja, Dungun, dikejutkan dengan deruman enjin kenderaan pacuan empat roda (4x4) dengan sesekali tepikan suara manusia memberi arahan. Namun, di sebalik kekalutan itu, pesona kehijauan dan keindahan alam termasuk tinggalan sejarah seperti kubu dan laluan pahlawan tersohor, Mat Kilau tetap utuh sekali gus menambat hati si pengembara meredah belukar. Mengikut sejarah, kira-kira 20 tahun lalu, penduduk Kampung Pasir Raja, iaitu kawasan penempatan yang terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar Dungun terpaksa menggunakan pengangkutan air menyusuri Sungai Dungun untuk ke Kuala Dungun. Perjalanan itu saja mengambil masa dua hari dua malam bergantung kepada faktor pasang surut air.
Namun, arus kemodenan menyaksikan lebuh raya kini menjadi medium perhubungan sekali gus menyerlahkan populariti produk pelancongan tempatan seperti air terjun Cemerong, pohon cengal terbesar dan tertua di dunia serta monumen bersejarah, Kubu Mat Kilau. |
No comments:
Post a Comment